Bagi mak ayah di luar sana yang inginkan anak-anak anda mendapat pengisian khusus sempena cuti sekolah kali Disember 2018 kali ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak anda di Kem Super Muslim 2018 yang amat istimewa kerana :
1. Program hanya sehari bermula jam 8 pagi dan tamat jam 10 malam. Diakhiri dengan Majlis bacaan Yasin dan Sesi Ibu Bapa Mendidik Anak Gaya Hassan Al Banna ( jam 8 malam)
2. Kesemua masjid dan surau yang terlibat bersetuju menaja makan minum peserta sepanjang kursus. Sebab itulah kami hanya mengenakan kos RM20 seorang untuk urusan penyediaan bahan kursus, sijil & fasilitator.
3. Kesemua Penceramah dan Jurulatih yang mengendalikan program terdiri dari individu berpengalaman yang pernah mengendalikan Program Kita Juara bagi Atlet Malaysia SEA Game 2018, Perunding untuk Program Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor selama 3 tahun, Program Remaja Islam untuk Tabung Haji, Maybank, LKIM, UMW, UEM Land dan pelbagai lagi dengan latar belakang pengalaman lebih dari 10 tahun. Anak anda pasti tidak bosan dan akan dapat mengikuti program dengan lebih bersemangat.
4. Sehari anak anda bersama kami, akan mengikuti jadual padat merangkumi Sesi pengukuhan ilmu dan penghayatan Islam, Adab sopan dan pembangunan akhlak Muslim. Mengikuti semua aktiviti masjid seperti solat jemaah, tadarus dan bacaan al quran, membersihkan masjid serta membina kesedaran perubahan diri.
LOKASI KEM SUPER MUSLIM 2018



BAGAIMANA PULA CARA MENDAFTARNYA?
Jika berminat untuk menghantarkan anak-anak anda, sila lakukan langkah berikut :
1. Lakukan pembayaran ke akaun Maybank atas nama CSQ Training And Consultancy.
2. Sertakan slip dan taip NAMA PESERTA ( Jarak), UMUR (Jarak), & NAMA MASJID PILIHAN ke nombor Pegawai Pendaftaran kami En Mohamad Syafiq Mohd Sayuti di talian 012 4488 525
3. Pihak kami akan menguruskan pendaftaran anda.
e.g. Taip Danish Rayyan Azhar 10Thn Masjid Al Ghufran ke :
012 4488 525


BARANG KEPERLUAN PESERTA PADA HARI PROGRAM
LELAKI : Baju melayu, jubah atau t-shirt
WANITA : Baju kurung, jubah atau t-shirt lengan panjang
Tambahan :
-Alat tulis, satu set persalinan pakaian untuk malam
-Ubat ubatan jika perlu
-Tak perlu bawa kasut sukan, barangan berharga dan telefon bimbit
Ibu bapa diminta menghantarkan peserta pada hari program jam 8 pagi di lokasi yang telah dipilih. Ibu bapa juga DIWAJIBKAN menghadiri Sesi Marah-Marah Sayang ( Parenting) pada jam 9 malam pada hari dan lokasi yang sama.

ATURCARA KEM SUPER MUSLIM 2018

Anak-anak itu amanah. Pelihara amanah kita semoga ianya menjadi suatu anugerah terindah.
CSQ Training And Consultancy
Let Us Show You The Way
No comments:
Post a Comment